Jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan bagaimanapun mengakui anak buahnya bermain dalam keadaan penuh tekanan apabila gagal meraih kemenangan ketika bertandang ke Perak 23 Januari lalu.
Sathia berkata, Kelantan menguasai kedua-dua perlawanan menentang Perak dan Pulau Pinang, bagaimanapun peluang hanya dapat dimanfaatkan di hadapan penyokong sendiri.
”Pemain kita lebih berkeyakinan selepas dapat menyamakan kedudukan dan akhirnya dengan serangan yang kemas kita dapat mengatasi pasukan pelawat.
”Saya percaya pemain yang ada dapat menunjukkan prestasi sebenar apabila bermain dalam keadaan tidak tertekan,” katanya ketika diminta mengulas kejayaan Kelantan mengatasi Pulau Pinang 3-1.
Sathia berpuas hati dengan pergerakan anak buahnya serta berharap persefahaman dapat ditingkatkan lagi dalam perlawanan akan datang.
Penyokong Kelantan katanya, perlu bertenang dan meneruskan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka serta memahami bagi membentuk persefahaman, ia mengambil masa.
”Walaupun kita dikatakan ramai pemain bertaraf bintang, namun mereka (penyokong) perlu memberi masa untuk kami membentuk pasukan mantap,” katanya.
Ketika ditanya mengenai tindakannya yang memasukkan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussain bagi menggantikan Halim Napi pada babak kedua, beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Halim mengadu mengalami kecederaan pada waktu rehat.
”Mujurlah kita ada Syed Adney yang beraksi dengan begitu tenang walaupun dia dicemuh kerana melakukan kesilapan yang menyebabkan kita tewas kepada Kedah.
”Apa yang penting ialah kita perlu bermain dengan penuh semangat, akan tiba masanya nanti kita menunjukkan prestasi baik,” katanya.
Kelantan menang hasil hatrick Norsharul Talaha dalam perlawanan menarik di Stadium Sultan Mohamed Ke IV kelmarin menyemarakkan semangat pemain Kelantan untuk terus menang di kubu sendiri serta menamatkan badi seri di gelanggang lawan.
Semoga 3 piala jd milik kelantan tahun ini
No comments:
Post a Comment