How would you like to improve this blog

TERIMA KASIH THANK YOU ARIGATO GOZAIMASU

Welcome to My blog. Feel free to add your comments or any proposals to improve this blog.

Author

My little childs

My little childs
LUQMAN & MUKHRIZ

Wednesday, February 17, 2010

PERJALANAN YANG MEMENATKAN

Balik Kampung adalah satu perkara yang menyeronokkan. Tak dinafikan keghairahan berjumpa mak, ayah adik, kakak, abang semuanya menghilangkan rasa penat memandu walaupun memakan masa berjam jam.

Apa yang ingin saya highlightkan disini bukanlah keghairahan balik kampung tapi terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang masalah kesesakan jalan raya yg semakin kronik di negara kita terutama dimusim perayaan. Inilah yang saya alami sendiri sewaktu balik ke kampung dan kembali semula ke JB semasa perayaan tahun Baru Cina baru2 ini.

Perjalanan pergi balik yang sepatutnya memakan masa 10 jam menjadi 14 jam. Kesesakan teruk dari Pekan Raub sehingga ke lebuhraya Karak ditambah lagi dengan driver2 yg potong que sangat2 memenatkan.

Apa yg ingin saya persoalkan... dimanakah peranan pihak berkuasa dikala orangramai memerlukan khidmat mereka. Apa yang saya perhatikan... mereka lebih suka menyaman pemandu2 / penunggang2 yg melakukan kesalahan dari mencegah mereka dari melakukannya. Sikap sebegini amat2 menyedihkan bukan sahaja diri saya tetapi semua pengguna jalanraya yang sanggup bersabar dalam kesesakan yg panjang. Sampai bila kita ingin lihat perkara ini berterusan???? fikir2kanlah.

Wednesday, February 3, 2010

SYAHMIE MUKHRIZ



My litte son. We call him Adik...Budak manja.

DOB: 08.03.08
Place of birth : Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru, Johor.

LUQMAN AL-HAKIM


My first son...We call him Abang.

DOB: 07/07/2006
Place of Birth : Pusat Rawatan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Monday, February 1, 2010

KELANTAN YAKIN TERUSKAN CABARAN

KOTA BHARU - Kemenangan ke atas pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di sini kelmarin menjadikan Kelantan lebih berkeyakinan meneruskan cabaran.


Jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan bagaimanapun mengakui anak buahnya bermain dalam keadaan penuh tekanan apabila gagal meraih kemenangan ketika bertandang ke Perak 23 Januari lalu.


Sathia berkata, Kelantan menguasai kedua-dua perlawanan menentang Perak dan Pulau Pinang, bagaimanapun peluang hanya dapat dimanfaatkan di hadapan penyokong sendiri.


”Pemain kita lebih berkeyakinan selepas dapat menyamakan kedudukan dan akhirnya dengan serangan yang kemas kita dapat mengatasi pasukan pelawat.


”Saya percaya pemain yang ada dapat menunjukkan prestasi sebenar apabila bermain dalam keadaan tidak tertekan,” katanya ketika diminta mengulas kejayaan Kelantan mengatasi Pulau Pinang 3-1.


Sathia berpuas hati dengan pergerakan anak buahnya serta berharap persefahaman dapat ditingkatkan lagi dalam perlawanan akan datang.


Penyokong Kelantan katanya, perlu bertenang dan meneruskan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka serta memahami bagi membentuk persefahaman, ia mengambil masa.


”Walaupun kita dikatakan ramai pemain bertaraf bintang, namun mereka (penyokong) perlu memberi masa untuk kami membentuk pasukan mantap,” katanya.


Ketika ditanya mengenai tindakannya yang memasukkan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussain bagi menggantikan Halim Napi pada babak kedua, beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Halim mengadu mengalami kecederaan pada waktu rehat.


”Mujurlah kita ada Syed Adney yang beraksi dengan begitu tenang walaupun dia dicemuh kerana melakukan kesilapan yang menyebabkan kita tewas kepada Kedah.


”Apa yang penting ialah kita perlu bermain dengan penuh semangat, akan tiba masanya nanti kita menunjukkan prestasi baik,” katanya.


Kelantan menang hasil hatrick Norsharul Talaha dalam perlawanan menarik di Stadium Sultan Mohamed Ke IV kelmarin menyemarakkan semangat pemain Kelantan untuk terus menang di kubu sendiri serta menamatkan badi seri di gelanggang lawan.


Semoga 3 piala jd milik kelantan tahun ini

Just getting started

Nothing much to say.. just keep trying and get my self to familiarize with all these kind of thing.

good luck to me.